SK Agama (MIS) Sibu

Mutiara Kata

Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali

TIADA HARI TANPA BELAJAR

UPSR 2016September 5th, 2016
sesiapa berusaha dia berjaya

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH & SOLAT JENAZAH MURID-MURID TAHUN 6 & GURU ISLAM

2015-10-21_11.24.29

Pada hari ini, Rabu (21/10/2015) telah di adakan Kursus Pengurusan Jenazah bagi murid-murid tahun 6 dan Guru-Guru Islam. Kursus ini di anjurkan oleh Panitia Agama Islam. Banyak pengetahuan dapat diperolehi daripada aktiviti ini. Semoga aktiviti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Advertisements

ANUGERAH MA’AL HIJRAH PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 1437/2015M

2015-10-15_17.46.20

Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Negeri Sarawak Tahun 1437H/2015M yang telah diadakan di Bandaraya Miri pada hari Rabu, 14 Oktober 2015M/1 Muharam 1437H yang lala, beberapa Anugerah (mengikut kategori) disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak. SK Agama (MIS) Sibu turut menerima Anugerah Sekoah Kebangsaan Agama Cemerlang pada hari tersebut. Anugerah ini telah diterima oleh En Sharkawi Bin Hamdan, Guru Besar SK Agama (MIS) Sibu sendiri. Tahniah diucapakan kepada semua warga SK Agama (MIS) Sibu. Semoga segala penat lelah di berkati oleh-Nya. 

Hari Sukan Negara 2015

Mege

Pada Sabtu(12/10/2015) Sebelum Majlis Perasmian Laman Ilmu SK Agama (MIS) Sibu telah menyahut seruan Negara bersama-sama mengadakan program Hari Sukan Negara bertempat di perkarangan SK Agama (MIS) Sibu. Program ini disertai oleh murid-murid SK Agama (MIS) Sibu. Antara sukan yang di jalankan ialah bola jaring & petanque. Program ini berjalan dengan lancar dan diharap dapat dijalankan setiap tahun pada masa akan datang,

Majlis Perasmian Laman Ilmu SK Agama (MIS) Sibu

merge1

sementara menunggu ketibaan tetamu Jemputan.

merge3Ketibaan tetamu jemputan & persembahan murid-murid SK Agama (MIS) Sibu.

merge 2Ucapan & Perasmian Laman Ilmu.

merge4Penyampaian Hadiah & sesi fotografi.

merge5Lawatan ke Laman Ilmu.

 merge6

Pada Sabtu (10/10/2015) yang lalu SK Agama (MIS) Sibu telah mengadakan Majlis Perasmian Laman Ilmu anjuran bersama UNIMAS & PIBG SK Agama (MIS) Sibu. Laman Ilmu ini telah rasmikan oleh YB Dr. Annuar B Rafa’ee, ADUN NANGKA, Sibu. Majlis Ketibaan YB disambut dengan paluan kompang dan persembahan silat. Majlis diteruskan dengan bacaan doa Oleh Adik Amirudin Raif, Imam Muda SK Agama (MIS) Sibu dan tayangan Multimedia Laman Ilmu.

Seterusnya majlis diteruskan dengan persembahan 3kata oleh Murid-murid yang bertajuk Laman Ilmu. Persembahan ini adalah gabungan Kalam Jamai’e, Bicara Berirama & Coral Speaking. Majlis diteruskan dengan Ucapan aluan daripada En. Shakawi B Hamdan, Guru Besar SK Agama (MIS) Sibu diikuti ucapan Prof Dato’ Dr Mohamad Kadim bin Suaidi, Naib Canselor UNIMAS dan disusuli dengan ucapan perasmian Laman Ilmu oleh YB Dr Annuar b Rafa’ee, ADUN NANGKA, Sibu.

Majlis diteruskan dengan lawatan ke tapak Laman Ilmu oleh semua jemputan. Acara diteruskan dengan sesi sidang media diakhiri dengan jamuan. Jutaan terima kasih kepada semua di atas kerjasama yang diberikan untuk menjayakan majlis ini. di harap kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Gotong-royong PIBG, Kem Bestari Solat & Ujian Kelayakan tahun 1 bagi kemasukan sesi 2016.

merge

Pada Sabtu (03/10/2015) yang lalu satu gotong-royong membersihkan longkang telah diadakan antara PIBG dan guru-guru SK Agama (MIS) Sibu. Gotong-royong ini mendapat sambutan dan sokongan padu dari pihak PIBG sekolah dan berjalan dengan lancar. disamping tu pada hari yang sama telah berlansung aktiviti Kem Bistari Solat bagi murid-murid tahap 2 yang dianjurkan oleh panitia Agama Islam dan juga Ujian Kelayakan tahun 1 bagi kemasukan tahun 2016. semua aktiviti berjalan dengan lancar, Diharap kerjasama ini dapat berterusan pada masa akan datang.

Berita Perasmian Laman Ilmu

PENILAIAN ANUGERAH CEMERLANG KOKURIKULUM PERINGKAT KEBANGSAAN 2015

merge merge2

Pada Jumaat (02/10/2015) yang lalu SK Agama (MIS) Sibu telah menerima lawatan seramai 4 orang barisan penilai Anugerah Cemerlang Kokurikulum Peringkat Kebangsaan 2015. Kehadiran mereka telah disambut dengan paluan kompang dan persembahan silat dari murid-murid sekolah. majlis diteruskan dengan bacaan doa dan pembentangan slide oleh wakil pelajar SK Agama Sibu dibimbing oleh guru-guru. Seterusnya majlis diteruskan dengan pemeriksaan fail-fail, sesi soal jawab dan lawatan ke kawasan sekolah. majlis diteruskan dengan pembentangan dapatan daripada barisan penilai dan penyampaian cenderamata. Majlis ini berjalan dengan lancar. Terima kasih atas teguran yang membina diharap ia dapat diteruskan pada masa akan datang.

Kalendar

December 2017
S M T W T F S
« Nov    
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Arkib