SK Agama (MIS) Sibu

Home » PROFIL » Peraturan Sekolah

Peraturan Sekolah

PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH

SK AGAMA, SIBU

 

1.         KEHADIRAN

 

1.1.            Murid-murid diwajibkan hadir ke sekolah sebelum jam 7.00pagi pada setiap hari persekolahan;

1.2.            Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah tanpa kebenaran daripada Guru Besar, Guru Penolong Kanan                     atau Guru Kelas pada masa persekolahan;

1.3.            Ketidakhadiran murid perlulah dimaklumkan secara bertulis oleh ibu bapa/penjaga atau sekiranya sakit/demam perlulah                         mengemukakan “Sijil Sakit” daripadaHospital, Poliklinik Kerajaan atau Klinik swasta;

1.4.            Kelas Tambahan adalah dianggap sebagai waktu Persekolahan biasa dan wajib dihadiri;

1.5.            Seseorang murid yang hendak keluar ke tandas atau ke tempat lain hendaklah mendapat kad/pas dari guru yang mengajar                        pada masa tersebut dengan mencatat nama murid pada Rekod Pergerakan Murid.

 

  1. 2.            PAKAIAN SERAGAM

 

2.1.            Murid-murid diwajibkan menggunakan pakaian seragam sekolah seperti berikut :

 

PAKAIAN SERAGAM

TAHAP

JANTINA MURID

HARI PERSEKOLAHAN

a)     –     Baju kemeja lengan       pendek berkolar putih

–          Seluar panjang berwarna biru tua

–          Tali leher biru tua,

–     Bersongkok

1 dan 2

Lelaki

Isnin – Khamis

b)  –     Baju melayu berwarna             putih

–     Bersamping biru tua

–     Bersongkok hitam

–     berkasut kanvas putih

1 dan 2

Lelaki

Jumaat

c)  –     Bertali leher dan ‘vest’             maroon

–     Baju melayu putih                berwarna putih dan             samping berwarna             maroon

Pengawas lelaki sahaja

Isnin – Khamis

Jumaat

 

d)  –     Baju kurung warna putih             (berbelah dikedua-dua             tepi, berzip belakang)

–     Berseluar panjang               berwarna biru tua

–     Berskaf warna hitam

–     Berkasut kanvas putih

1

Perempuan

Isnin – Khamis

e)  –     Berbaju kurung warna             putih

–     Berkain sarung warna             biru tua

–     Bertelekung mini warna             putih

–     Berkasut kanvas putih

1

2

Perempuan

Perempuan

Jumaat

Isnin – Jumaat

f)    –     Telekung mini warna             maroon

–     Vest maroon

–     Kemeja putih berlengan             panjang

–     Kain sarung berwarna             maroon

Pengawas/ Ketua Kelas perempuan sahaja

Isnin – Khamis

g)  –     Telekung mini warna             maroon/biru
–     Berbaju kurung putih

–     Berkain sarung maroon/             biru

Pengawas/ Ketua Kelas perempuan sahaja

Jumaat

 

2.2              Murid-murid diwajibkan menggunakan “Tanda Nama” setiap masa sepanjang berada di sekolah.

2.3              Pakaian seragam murid hendaklah sentiasa berada dalam keadaan yang kemas sepanjang masa berada di sekolah.

2.4              Murid-murid adalah ditegah sama sekali daripada menggunakan pakaian lain, seperti baju panas, jaket, baju trek dan                                    sebagainya.

2.5              Kasut selain daripada kanvas, tidak dibenar digunakan semasa berada di sekolah.  Penggunaan selipar hanya akan                                         dibenarkan atas sebab kecederaan di bahagain kaki dan muridtersebut hendaklah memaklumkan kepada pihak sekolah                                terlebih dahulu.  Murid-murid juga diwajib menggunakan stoking berwarna putih sahaja.

2.6              Bagi murid-murid lelaki, adalah ditegah sama sekali menyimpan janggut/jambang atau misai.

 

  1. 3.            POTONGAN RAMBUT

3.1.      Murid lelaki tidak dibenar berambut panjang.

i)    Di belakang        – Rambut jatuh melebihi garisan di bawah cuping  daun telinga

ii)   Di depan              –  Rambut menutup garisan tengah dahi

iii)  Di sebelah tepi    –  Rambut menutup kedua-dua telinga atau  sebahagian daripadanya

3.2.            Bagi murid perempuan, rambut hendaklah terlindung kemas di dalam skaf atau telekung mini.

3.3.            Mewarna rambut adalah dilarang sama sekali.

3.4.            Pemeriksaan rambut dibuat sebulan sekali.

 

4.         TATATERTIB
4.1.      Semua murid wajib sentiasa menjaga ketenteraman baik dalam bilik                   darjah semasa proses P&P mahupun tidak;

4.2.            Perhimpunan sekolah pada setiap Jumaat (Masa : 0710 – 0740) wajib dihadiri.  Perhimpunan khas boleh diadakan pada                        bila-bila masa dikehendaki oleh Guru Besar;

4.3.            Pada waktu rehat sebelum atau selepas kelas, murid-murid dilarang berlari, berkejar-kejaran dan membuat bising di                                   kawasan sekolah

4.4.            Pergaulan murid/murid atau murid/guru hendaklah sentiasa pada batas-batas kesopanan.

 

  1. 5.            TINGKAH LAKU

5.1.      Penggunaan bahasa kasar atau kesat tidak dibenarkan.  Ini termasuk      bersikap biadap/kurang ajar terhadap guru dan staf lain                pada setiap masa.

5.2              Murid-murid harus bersopan-santun, bertolak-ansur,bertanggungjawab serta menjaga harta benda sekolah dengan baik;

5.3              Bertegur sapa dan bersikap mesra terhadap semua warga sekolah adalah digalakkan;

5.4              Murid-murid digalakkan menunjukkan disiplin diri yang tinggi di dalam atau di luar kawasan sekolah;

5.5              Murid-murid perlu sentiasa menjaga nama baik sekolah.

 

  1. 6.            KEGIATAN KO-KURIKULUM

6.1.      Murid-murid Tahap 2 wajib mengambil bahagian di dalam sukan/ permainan, kelab/persatuan atau pertubuhan pakaian                          seragam;

6.2.       Murid-murid yang tidak dapat menghadirkan diri untuk kegiatan ko-kurikulum hendaklah memberitahu guru penasihat                               sukan/permainan, kelab/persatuan atau Pertubuhan Unit Beruniform atau terus kepada Penolong Kanan KK secara lisan atau                 bertulis.

 

  1. 7.            KEBERSIHAN

7.1.      Setiap kelas bertanggungjawab terhadap kebersihan dalam mahupun   luar kelas, tandas dan kawasan di luar kelas.

7.2.            Murid-murid dilarang membuang sampah dan mengotorkan kawasan sekolah setiap masa.
8.         KESELAMATAN AM
8.1.      Jika berlaku kebakaran, jangan panic.  Tinggalkan bilik kelas dengan                   segera secara berbaris dan teratur.  Jangan tolak                 menolak terutama di tangga;

8.2.        Untuk mengelak berlakunya kecurian, murid-murid dinasihati tidak membawa wang ke sekolah kecuali dengan arahan pihak                    sekolah.  Dilarang membawa barang berharga ke sekolah.  Laporan kehilangan barang-barang seperti itu tidak akan dilayan                      sekiranya peraturan ini tidak dipatuhi;

8.3.            Dilarang menerima tawaran menumpang daripada seseorang yang tidak dikenali;

8.4.            Sentiasa utamakan keselamatan diri dan keselamatan murid lain semasa menjalankan aktiviti di sekolah;

8.5.            Untuk aktiviti perkhemahan, lawatan sambil belajar, murid-murid mesti mendapatkan kebenaran secara bertulis daripada                       ibu bapa/penjaga dan mematuhi segala peraturan yang ditentukan oleh guru pengiring.

 

  1. 9.            PERKARA-PERKARA AM

9.1.      Selain peraturan-peraturan di atas, murid-murid wajib mematuhi    peraturan-peraturan perpustakaan, makmal sains, bengkel              KH, bilik-  bilik khas, persatuan dan kelab;

9.2.      Peraturan-peraturan lain akan dikuatkuasakan setiap masa.
10.       TINGKAH LAKU JENAYAH DAN LAIN-LAIN
10.1.    Murid-murid adalah dilarang keras membawa alat atau senjata tajam                 ke sekolah tanpa kebenaran dan pengawasan                        guru.  Sebagai contoh pisau, parang dan sebagainya.

10.2.        Murid-murid dilarang membawa wang yang banyak atau menggunakan barang-barang perhiasan yang mahal seperti emas,                      jam tangan mahal dan sebagainya semasa berada di sekolah.

10.3.        Pengunaan telefon bimbit adalah dilarang keras di kawasan sekolah, dan murid-murid ditegah daripada membawa alat                                tersebut ke dalam kawasan sekolah.

10.4.        Murid-murid dilarang mengeluarkan kata-kata kesat, lucah atau berupa ancaman kepada mana-mana pihak samada                                      terhadap murid lain, guru mahupun kakitangan sekolah yang lain.

10.5.        Murid-murid adalah dilarang keras daripada menyertai atau mengadakan perhimpunan haram selain daripada yang                                   dianjurkan oleh pihak sekolah atau Jabatan Pelajaran;

10.6.        Murid-murid dilarang bergaduh atasu melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh membawa kepada pergaduhan secara langsung                   mahupun tidak langsung.  Sekiranya perkara ini berlaku, murid-murid berkenaan boleh diambil tindakan tegas oleh pihak                         sekolah;

10.7.        Murid-murid adalah dilarang keras daripada membawa, memiliki atau menghisap rokok/dadah di kawasan sekolah.                                      Minuman keras seperti arak, berjudi mahupun perbuatan atau aktiviti yang boleh menjerumus kearah itu adalah diharam                          keras berlaku di kawasan sekolah;

10.8.        Murid-murid juga dilarang keras daripada melakukan perbuatan-perbuatan sumbang atau perbuatan yang boleh                                            menjerumus ke arah tersebut baik secara langsung atau secara tidak langsung;

10.9.        Murid-murid hendaklah sentiasa menjaga nama baik sekolah sepanjang masa berada di sekolah ataupun semasa mewakili                         sekolah kemana-mana pertandingan atau aktiviti-aktiviti sukan, kemasyarakatan, agama dan sebagainya;

10.10.    Murid-murid hendaklah sentiasa mempertahankan nama baik sekolah sekiranya terdapat mana-mana pihak yang cuba                              mempertikaikan ataupun memburuk-burukkan nama sekolah.  Dalam keadaan yang sedemikian, murid-murid tersebut                             hendaklah segera memaklumkan Guru Besar, Guru Penolong Kanan atau mana-mana guru yang bertugas menegenai perkara                   tersebut

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: