SK Agama (MIS) Sibu

Mutiara Kata

Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali

TIADA HARI TANPA BELAJAR

UPSR 2016September 5, 2016
sesiapa berusaha dia berjaya

merge1

BACAAN YASIN PERDANA & SAMBUTAN HARI LAHIR GURU BESAR

merge1

Pada hari ini Jumaat (30/10/15) warga SK Agama Sibu telah mengadakan bacaan yasin perdana dan sambutan hari lahir Guru Besar En Sharkawi B Hamdan. Semoga Di panjangkan umur & dimurahkan rezeki serta sentiasa bahagia. Jutaan terima kasih di ucapakan kepada Kek Lapis Station kerana telah menyediakan kek dan sumbangan kek cawan kepada murid-murid.

LAWATAN PENANDA ARASAN SK SUNGEI ANTU, SARATOK

merge 1

Pada Rabu ( 28 Oktiber 2015) SK Agama Sibu telah menerima kunjungan daripada warga SK Sungei Antu, Saratok pada jam 11.00 pagi. Kunjungan ini disambut oleh Guru Besar SK Agama Sibu iaitu En, Sharkawi b Hamdan dan pihak pentadbir sendiri. Kunjungan seramai 19 orang ini terdiri daripada 15 orang murid dan 4 orang guru. Mereka di bawa melawat kawasan sekolah dan diberi sedikit taklimat berkenaan dengan sekolah. semoga mendapat manfaat dari kunjungan ini. di harap berjumpa lagi pada masa akan datang.

LAWATAN PENANDA ARASAN SK ABG AMIN, BINTANGOR

merge1 merge2

Pada Isnin (26 Oktober 2015) SK Agama Sibu telah menerima kunjungan warga SK Abg Amin, Bintangor seramai 80 orang yang terdiri daripada 20 orang murid dan 40 orang kakitangan sekolah pada jam 3.00 petang. Rombongan ini di sambut oleh Guru Besar SK Agama Sibu dan guru-guru. Rombongan ini di bawa melawat kawasan sekolah seterusnya mendengar taklimat oleh Guru Besar. Semoga berpuas hati dan memperoleh pengetahuan sepanjang lawatan ini. Diharap dapat berjumpa lagi pada masa akan datang.

KARNIVAL SEKOLAH JARINGAN SK AGAMA SIBU 2015

merge1merge2

Pada hari Sabtu (24 Oktober 2015 yang lalu SK Agama Sibu telah menganjurkan Karnival Sekolah Jaringan SK Agama Sibu bagi tahun 2015. Karnival ini julung kalinya telah di adakan. Antara aktiviti yang di jalankan ialah Pertandingan Bicara Berirama, Pertandingan Bola Tampar, Pertandingan Bola Jaring dan Jualan PIBG SK Agama Sibu. Pertandingan Bicara Berirama ini disertai oelhmurid-murid sekolah jaringan. Berikut merupakan keputusan Pertandingan:

  1. SK Kampung Bahagia Jaya
  2. SK Agama Sibu
  3. SK Ulu Sungai Merah

Pertandingan Bola tampar dan Bola jaring di sertai oelh guru-guru sekolah jaringan. Bagi keputusan keseluruhan karnival adalah seperti berikut:

  1. SK Kampung Bahagia Jaya
  2. SK Batu 10
  3. PIBG SK Agama Sibu
  4. SK Agama Sibu

Karnival ini di jalankan dengan penuh meriah sekali. Diharap aktiviti seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.

ANUGERAH KECEMERLANGAN INSTITUSI PENDIDIKAN AGAMA 2015

IMG_9864

Pada hari Rabu & Khamis (16-17 September 2015) yang lalu Encik Aziziee B Alli Ahmad telah mewakili Guru Besar SK Agama Sibu untuk menerima Anugerah Perak UPSR bagi pencapaian tahun 2014 di Hotel Lexis, Port Dickson. Tahniah diucapkan kepda semua warga SK Agama dengan pencapaian yang membanggakan ini.

KEM LITERASI AL-QURAN

kem literasi Quran

Pada Khamis (22 Oktober 2015) yang lalu Panitia Agama Islam SK Agama (MIS) Sibu telah mengadakan Kem Literasi Al-Quran bagi murid-murid yang belum melepas Iqra’ 3 dan ke bawah. Aktiviti ini bermula pada jam 2:00 petang hingga jam 5:00 petang. Semua guru Panitia Agama Islam turun padang bagi menjayakan program ini.

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH & SOLAT JENAZAH MURID-MURID TAHUN 6 & GURU ISLAM

2015-10-21_11.24.29

Pada hari ini, Rabu (21/10/2015) telah di adakan Kursus Pengurusan Jenazah bagi murid-murid tahun 6 dan Guru-Guru Islam. Kursus ini di anjurkan oleh Panitia Agama Islam. Banyak pengetahuan dapat diperolehi daripada aktiviti ini. Semoga aktiviti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

ANUGERAH MA’AL HIJRAH PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 1437/2015M

2015-10-15_17.46.20

Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Negeri Sarawak Tahun 1437H/2015M yang telah diadakan di Bandaraya Miri pada hari Rabu, 14 Oktober 2015M/1 Muharam 1437H yang lala, beberapa Anugerah (mengikut kategori) disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak. SK Agama (MIS) Sibu turut menerima Anugerah Sekoah Kebangsaan Agama Cemerlang pada hari tersebut. Anugerah ini telah diterima oleh En Sharkawi Bin Hamdan, Guru Besar SK Agama (MIS) Sibu sendiri. Tahniah diucapakan kepada semua warga SK Agama (MIS) Sibu. Semoga segala penat lelah di berkati oleh-Nya. 

Hari Sukan Negara 2015

Mege

Pada Sabtu(12/10/2015) Sebelum Majlis Perasmian Laman Ilmu SK Agama (MIS) Sibu telah menyahut seruan Negara bersama-sama mengadakan program Hari Sukan Negara bertempat di perkarangan SK Agama (MIS) Sibu. Program ini disertai oleh murid-murid SK Agama (MIS) Sibu. Antara sukan yang di jalankan ialah bola jaring & petanque. Program ini berjalan dengan lancar dan diharap dapat dijalankan setiap tahun pada masa akan datang,

Kalendar

April 2024
S M T W T F S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Arkib